Tuesday, September 28, 2010

Lirik Lagu Untuk Jalur Gemilang


Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan membanggakan bendera Malaysia disamping memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan bendera tersebut beserta kemegahan.

Benderaku

Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada "Bendera Malaysia" atau "Benderaku". Selepas bendera Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan "Bendera Malaysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru "Jalur Gemilang".
Benderaku yang gagah perkasaMerah putih kuning biru warnanyaBerkibar megah penuh bercahayaPusaka kita rakyat Malaysia
Bendera Malaysia oh bendera kuKu pertahankan sepenuh raga kuDikaulah lambang negara berpaduDi bawah naungan Duli Tuanku
Berkibar terus oh bendera kuKau kan ku junjung sepanjang waktuHarumlah nama negara yang tercintaPadamu tempat taat dan setia
Bendera Malaysia bendera kitaKemegahan rakyat kita semuaBerkibar berkibar di ruang angkasaDirgahayu bendera tercinta.
Ciptaan dan Senikata: Tony Fonseka

Jalur Gemilang

Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama.
Merahmu bara semangat wajaPutihmu bersih budi pekertiKuning berdaulat payung negaraBiru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawanLautan luas telah kau redahMembawa semangat jiwa MerdekaSemangat jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnyaSemua negeri dalam MalaysiaSatu suara satu semangatItu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang dibawah naunganmuJalur Gemilang kami semua bersatuPerpaduan ketaatanAmalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang megah kami terasaJalur Gemilang kibarkanlah wawasanMerah, putih, biru, kuningJalur semangat kami semua(2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlahJalur Gemilang!
Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

No comments:

Post a Comment